Tauke Blog / ![]() Assalamualaikum , Behave yourself kat blog aku nie. Kalau anda ingkar! Aku sumpah jadik KODOK. Jangan nak meng'copy' sebarang post aku yaa, budak. Tikam pakai keyboard kang! Teddybear Fatin Nur Fatiyah Bt Mohd Radzi CopyCow,Haters are Not ALLOWED here ! Le Lagu / " /> /> Le Credit / Template by Syafira Basecode by Aina Hanani Source : ▲ ▼ ▲
| Mangkaq laa Jebon ni. ![]() Thursday, 4 April 2013 | 20:07 | 0 BudakAwesomeBerkata-kata
Okay. Holla. Nak taw something. Aku dah mula accept yang aku dah break dengan Qistina Maisarah Bt Mohamed Faisal. Hahahaha. Awesome kan. Lagi dua tiga hari aku boleh lupa full name dia sebab aku nak mengeja ni pun aku dah was was. Takut salah spelling. Hal ini terjadi kerana *penanda wacana tak nak kalah* Cik Fatin Nur Fatiyah Bt Mohammad Radzi telah berjaya merebut hati aku. Tapi, ini tidak bermakna aku ni jenis cepat cari pengganti. And for your information, Tya ni dah tunggu aku lama okay. Aku jaa yang bodoh tak sedar kehadiran dia yang menanti aku tu. Tengok ayat. Macam mintak penampor Jepun tepat tepat kat pipi aku yang montel ni kan? Tya dah tunggu aku dari form 2 and dia couple dengan Luqman pun sebab tak boleh tahan jealous tengok aku dengan orang lain. Tapi tak lama pun diorang couple. And now dia tengah ngorat aku yang comel ini. And aku pun melayan.Okay. Aku kenal dengan Tya ni dari form 2 lagi and kami sekelas sampailah aku form 3. Tya ni memang excellent dalam Maths and dia laa yang banyak tolong aku time nak PMR dulu. Even pagi before aku ambik paper Maths 1 dia tolong ajar aku kira pie root sebab aku memang tak paham dari aku form 2 lagi. Tapi yelaa. Aku ni bodoh sombong and tak tanya cikgu. Nasib baik aku cepat pick up. And Alhamdullilah aku dapat A dalam paper Maths aku time PMR. And aku pulak boleh tahan jugak dalam Science so aku laa yang menolong Tya ni dlm subject tu. And Alhamdulillah dia pun dapat A dalam Science and now dia ambik kelas Pure Science. So sekarang dia mengajar aku Add Maths and Maths Mode. Hahaha. Seriously, aku memang lemah gilaa dalam Maths Maths nie sebab aku tak suka kira kira. Menyemak otak aku jaa. Kalau boleh semua benda aku nak tekan pakai calculator. Tapi Physics and Chemistry aku okay. Kau tengok? Aku minat Science je. Maths aku tak minat. Tapi teringin nak jadik engineer. Engineer apak kau kan? Hahaha. Okay, permulaan cerita aku dengan Tya ni bermula dekat WhatsApp. Hahaha. Mengikuti perkembangan moden betul. Dia cakap segala yang dia pendam melalui penaipannya semasa sedang berwassap dengan aku. Aku macam terkedu terkesima jugak laa sebab boleh ada someone yang sanggup tunggu aku. Hahaha. Asal laa aku ni buta sangat sampai tak nampak yang dia tengah tunggu aku selama ni? Kan? Kesian doeh. And then masa OTP seriously kami like husband and wife sebab keja dia masa on call dengan aku adalah berleter sepanjang enam harakat tanpa jemu. Cair taik telinga aku nak mendengar hujah and ceramah dia tu. Tapi kan, I had to admit it. Aku memang melting dari form 2 lagi kalau tengok si Tya ni senyum. Entah laa. Ada something dalam senyuman dia tu. Maybe ikhlas kodd. Tak nampak fake. So memang tenang hati tengok minah ni senyum sebab tu laa aku suka kacau dia dalam kelas sampai dia merajuk gilaa babing dengan aku and then aku kena pujuk dia. Masa aku tengah pujuk tu, aku selalu buat dia tersenyum laa kan. Sebab aku suka tengok orang suka senyum ni. Sebab tulaa kalau Ibu aku marah, aku cakap 'Ibuuu.. Senyum sikit' then Ibu aku pun nak tak nak kena senyum laa. Hahaha. Suka memaksa orang senyum tu adalah hobi aku. Yelaa. Kalau senyum nampak comel sikit. Ni tak masam jaa. Macam muka jenglot tanah dah. So now, aku dengan Tya tak declare lagi kami ni couple. Sebab kami satu sekolah and sekolah aku tu tak benarkan pelajar dia couple. So aku kena menjaga reputasi aku sebagai ketua murid laa kan. Aku dengan Tya just best friends and we're just acting like a couple. Tapi kengkawan aku semua cakap aku dengan Tya sweet. Yelaa pepagi dah dating dekat kantin. Dia beli nasik lemak tunggu aku datang sekolah and then makan sekali. Kekadang dia suap aku and kekadang aku suap dia. Hahaha. Sweet right? And then aku selalu bagi origami bentuk love kat dia. Sebelum tu aku dengan dia dah bagi sorang satu kotak suruh simpan segala benda yang aku dah bagi kat dia and segala benda yang dia dah bagi kat aku ni. Aku dah letak banyak pembalut coklat Cadburry Black Forest. And dia dah ada banyak origami bentuk love. Ohh yaa, now baru aku nak masuk pasal title tu. Hahaha. Panjang gilaa aku merepek meraban macam orang mengoyan sekarang baru aku nak masuk pasal title tu kan? Hahaha. Itu yang dipanggil intro. Apak aku intro punya panjang. Suka hati aku laa blog aku kan? Lantak laa nak letak intro panjang jambatan Pulau Pinang yang kedua tuh ke. Blog aku kan. Hahaha. Hari tu aku pegi main futsal dengan Jebon aku ni. Kau bayangkan dia boleh pegi sepak bola tu tepat ke kemaluan aku tu. Ya Rabbi. Sakit tak payah cerita laa kan. Rasa macam nak nangis mengelupur kat tengah tengah court futsal tu. And then aku keluar laa kan. Pergh. Tidor terlentang aku atas couch tu. And then dia datang angkat kepala aku letak atas paha dia. Means, aku tido atas paha dia laa. Then muka dia macam anak kucing tak cukup makan time tu. Bersalah lettew. Time sepak tak reti pulak nak tahan power tuh kan? Aku merajuk dengan dia malam tu. Aku angkat kepala aku dari paha dia kan and then aku duduk buat macam dia tak wujud sebelah aku. Taw pun macam mana rasa terabai tuh kan. And then, ada laa dua tiga awek mana tah. Datang cakap cakap dengan aku. Aku pun tak kenal diorang tapi buat buat macam kenal laa kan. Kononnya nak bagi si Tya ni jealous laa kan. Aku pun melayan laa kan. Seriously, rasa macam nak tampor je minah minah ni sebab gedik nak mampos. Geli doeh. Rasa macam nak luruh bulu kaki aku ni. And then aku nampak macam Tya tengah jalan menuju arah aku laa. Aku buat ignore jelaa. Tetiba, PANGG! Tya tampor kepala aku doeh! Mangkaq gilaa. Dia cakap 'Tadi sakit sangat macam nak mampoih dah aku tengok. Ni boleh pulak menggatai dengan pompuan len. Sia sia aih tunggu hg dulu. Perangai hg ni memang ishh! Benci laa.' And muka dia macam nak nangis. Jealous tahap maksima lettew. Aku punya kepala memang sakit gilaa babi laa. Aku yang nak merajuk last last dia yang merajuk dengan aku. Okay. Dia memang kuat jealous wei. Gilaa siak. Hahahaha. Tapi aku suka sebab dia comel kalau jealous. Memang mencarut all out laa kalau dia tengah jealous. Apa apa pun, aku still ehem ehem kat dia. Hahahaha. Gedik kan aku ni? Okay. Dah taw lama dah. Nanti aku sambung lagi okay. Bye peeps! |