

|
Tauke Blog / ![]() Assalamualaikum , Behave yourself kat blog aku nie. Kalau anda ingkar! Aku sumpah jadik KODOK. Jangan nak meng'copy' sebarang post aku yaa, budak. Tikam pakai keyboard kang! Teddybear Fatin Nur Fatiyah Bt Mohd Radzi CopyCow,Haters are Not ALLOWED here ! Le Lagu / " /> /> Le Credit / Template by Syafira Basecode by Aina Hanani Source : ▲ ▼ ▲
| Melting? Seriously? ![]() Thursday, 10 January 2013 | 03:42 | 0 BudakAwesomeBerkata-kata
Okay. Hidup sebagai seorang wakil pelajar yang berdedikasi semestinya tidak lekang daripada pelbagai masalah yang boleh memeningkan kepala hotak dan juga tugas tugas yang amat membebankan. Aku dah merasai pegalaman menjadi seorang wakil pelajar dan aku memang nak sangat sangat berhenti or letak jawatan. So I need to do some case then. Sekarang aku tengah fikir nak buat kes yang berat berat supaya jawatan yang disandang oleh aku nie ditarik or dilucutkan. Lucut jawatan tak apa. Jangan lucut pakaian sudah.
Hidup aku sekarang sememangnya dah tak setenteram dahulu. Kalau dulu, aku punya free time nie memang berlambak sangat sampai aku boleh meragut. Yeah. Meragut. Kau tak tahu ke aku nie seorang peragut? Tak tahu? Alololols. Kesiannya. Okay sekarang aku tengah bagitaw laa nie. Aku seorang peragut. Peragut rumput. Understand? Kau mesti dah buat stigma yang aku nie seorang peragut bersiri yang selalu ragut beg sireh tuh kan? Im not that type laa. Okay now aku dah memang tak tahu nak buat apa sebab sejak aku jadik Wakil Pelajar nie, hidup aku penuh pancaroba. Kalau Pontianak aku tuh satu sekolah dengan aku maybe dia pun sampai tak larat nak jeles dah sebab memang bertambah bilangan orang yang tercrush kat aku. Aku mengaku kalau dari segi rupa paras nie, aku memang tak ada laa. Amboi. Merendah diri. But seriously, aku nie memang tak good-looking. Tapi ada jugak makhluk Allah yang boleh tercrush kat aku. Kalau sorang tak apa laa. Nie sampai lebih dari dua orang, Wow! That so amazing bebeyyh!
And seriously. Yang nie memang yang paling menggemparkan bagi aku. Ketua Pengawas pun boleh crush kat aku. Hahahaha. Gelak sambil gelek bontot. Masa dengar perbualan dia dengan kawan dia tuh *suka hati aku je dengar perbualan orang* Terdengar actually. Bukan sengaja bapak nak gatal pegi dengar orang tua tua tengah bersembang. Aku panggil kak ketua pengawas tuh Kak Aida. Orangnya kecik molek tiada tandingan. Tinggi dia bawah dada aku ja. Aku time cakap dengan dia tak payah dinyatakan laa betapa sakitnya belakang aku nie nak kena tunduk. Aku dengar dia cakap macam nie 'Hg kenai Amir ketua pelajar baru tuh tak?' 'Budak 4 Delta tuh? Seksi siot suara budak tuh.' *kawan Kak Aida kodd nie. Aku tak cam muka dia sangat. Okay time nie aku tengah testing suara aku but slow slow laa. Kang kantoi* 'Tadi bertentang mata dengan dia wei. Melting melting.' Aku punya tergamam tuh kau tak payah mention laa kan. Ketua pengawas tuh babe. Melting tuh babe. Kau gilaa? Okay. Dah laa budak hot. Riak dua saat. Aku kompom dalam kelas 4 Delta tuh aku sorang ja nama Amir sebab kembar aku lagi empat orang memasing dah masok kelas lain lain. Nak tahu kembar aku sapa? Amir Nadim, budak kelas Pure Science. Amir Izzat Farhan, budak Akaun. Amir Fawwaz, budak Science dengan Akaun. Amir Firash, budak Akaun. Memasing kelas tak sama. So memang aku laa orang yang dimaksudkan. Then aku pun melangkah masok dalam kelas and cakap nak jumpak Kak Aida sebab nak bagi list name pengawas untuk sesi 2013. Lepas tuh, aku tertengok kat meja dia ada nama Amir. Aku pun macam usik laa dia kan. So now, aku dah terbagi semua orang melting dengan suara aku. Hahaha. Sedih kan kisah hidup aku? Now aku tengah melting dengan suara Pontianak aku. Comel kod. Tambah tambah time dia tengah mamai. Hahaha. Entah bahasa apa dia merapu kat aku. Hahaha. Thats all for today. Okbai! |