Tauke Blog / ![]() Assalamualaikum , Behave yourself kat blog aku nie. Kalau anda ingkar! Aku sumpah jadik KODOK. Jangan nak meng'copy' sebarang post aku yaa, budak. Tikam pakai keyboard kang! Teddybear Fatin Nur Fatiyah Bt Mohd Radzi CopyCow,Haters are Not ALLOWED here ! Le Lagu / " /> /> Le Credit / Template by Syafira Basecode by Aina Hanani Source : ▲ ▼ ▲
| Cenonet, Berebot Topup ![]() Thursday, 3 January 2013 | 02:22 | 0 BudakAwesomeBerkata-kata
So amacam first day kalian semua semalam? Best? Aku best je. Tak belajar sampai laa hari Jumaat nie. Pergh best gilaa. And and and, aku satu kelas dengan crush aku woo. Auwmmm! Hahaha. Duduk depan aku pulak tuh. Crush aku tuh pelajar dari Mesir. Dia stay sana 3 tahun maybe. Sebab bapak dia kerja kat sana kodd. So aku crush kat dia laa. Okay tuh je cerita pasal crush. Aku nak cerita pasal Cenonet yang menjadi trend aku and member member aku time nak panggil budak form 1.
Okay macam nie. Aku duduk kat sanggar Asrama dengan geng geng aku sebab malas nak masok dewan Makan lagi. So time tuh ada laa satu cikgu nie suruh bagi list name kelas 1 Alpha kat ketua tingkatan kelas tuh. Aku dengan malas apa semua cukop ditambah pulak dengan laluan tuh penuh dengan budak budak form 5 plus form 1 tengah berjalan, so jadik macam tak boleh nak beza dah. Last last aku cakap macam nie je
Cenonet Cenonet! Budak form 1 kan? Bagi kat ketua tingkatan 1 Alpha sat. Okbai!
Muka dia macam pernah ku lihat. Rupa rupanya dia junior sekolah rendah aku. Patot laa macam pernah lihat kan? So lepas tuh je, semua budak form 4 panggil budak form 1 dengan panggilan manja 'Cenonet'. Tak semua laa. Yang geng geng nerd, budak budak kelas depan and pandai tak panggil laa budak budak form 1 macam tuh. Mereka mengamalkan budaya anti-buli and bersahsiah tinggi. Seriously aset sekolah budak budak kelas depan and pandai pandai nie. Lagipon, sekolah tuh budak form 4 yang rules sebab budak form 5 macam tak membangun and active. So budak budak form 4 nampak lebih active, naughty and segala mak nenek tok wan moyang opah lagi.
Aku tadi dah kena dah dengan Cikgu Fasya the comel tu. Bapak aa. Nie semua Mat Arip punya pasal. Cikgu tengah bagi taklimat kat depan, dengar laa. Pastu tanya aku pulak. Sebab perasaan kesian kat kawan and kasih kat member aku pun berusaha laa nak bagitau apa yang cikgu tuh terang. Mana laa aku nak perasan yang Cik Fasya tuh nak meronda dekat situ and nampak aku tengah cakap. Of course laa aku kena cakap kan? Kalau aku buat bahasa isyarat haram kawan aku tuh nak paham. Second day sekolah pun dah kena marah. Mat Arip laa nie. Hadoi. Sabar jelaa. Dah laa cikgu tuh cakap pakai pitching paling tinggi. Boleh dengar sampai depan stage. Bapak punya kuat. Makan penampor jugak Mat Arip nie.
Selepas sudah tamat waktu persekolahan, aku dengan rakan rakan aku pun terus menuju ke medan selera yang terletak dibelakang sekolah dan berhampiran dengan pantai yang indah. Tatabahasa sangat ayat aku nie. Pak cik kedai tuh buat amal jariah pulak dengan nak menyedekahkan kad kad topup. Aku dengar dengar je ada topup free, teros buat acara larian pecut 1000m tanpa berganti ganti. Aku cari sampai jumpak pak cik tuh but aku dah terlewat. Topup dah habis sebab budak budak pompuan lagi laju berlari untuk mendapatkan topup tuh. Lepas tuh berebot pulak sebab diorang ambik memang banyak gila. Dah laa RM5 pulak tuh. Last last dapat laa satu. Tu pun ihsan Leya sebab aku dok mintak kat dia. Hahaha.
Esok cikgu nak umum kelas kelas untuk pelajar tingkatan 4. Aku mintak Lukisan Kejuruteraan (LK) and Pure Science or bahasa Malay nya Sains Tulin. So mixed laa dua subject tuh. Kira besar nanti kalau rezeki aku boleh laa jadi engineer dalam bidang sains maybe. Buat alat untuk orang buta ke apa ke. Insyaallah and Aminn. Kalau tak dapat LK aku ambik Akaun. Dua benda nie je yang aku minat and boleh bawak. Insyaallah. But Addmath laa yang membuat kepala ku berpusing 360 darjah. Kesusahannya tiada tandingan. Mintak mintak laa exam nanti aku dapat A. Kalau A- pun jadik laa. Natijahnya, aku hope sangat duduk dalam dua kelas nie je. Kalau Pure Science je takot aku tak boleh bawak pulak subject Bio tuh. So thats all. Okbai!
|