Tauke Blog / ![]() Assalamualaikum , Behave yourself kat blog aku nie. Kalau anda ingkar! Aku sumpah jadik KODOK. Jangan nak meng'copy' sebarang post aku yaa, budak. Tikam pakai keyboard kang! Teddybear Fatin Nur Fatiyah Bt Mohd Radzi CopyCow,Haters are Not ALLOWED here ! Le Lagu / " /> /> Le Credit / Template by Syafira Basecode by Aina Hanani Source : ▲ ▼ ▲
| Bengang, Mega Playboy ![]() Tuesday, 8 January 2013 | 02:07 | 0 BudakAwesomeBerkata-kata
Okay. Seriously hari nie aku badmood gilaa. Dah laa dengan keja AddMath yang tahap klon Albert Einstein tuh, tambah pulak dengan MathMod lagi aku dah jadik macam orang bengong nak pikir kejadah solution and calculation yang betol untuk soalan soalan dua subjek tuh. Time form 3 masa belajar chapter Simultaneous Equation tuh aku tak tumpu perhatian. Dah naik form 4 padan laa dengan muka aku. Actually, nie semalam punya cerita. Hehe. Tapi kira okay jugak laa AddMath aku boleh buat tiga soalan sendiri. Tak tiru sapa langsung okay. Berapa kali aku padam then tulis balik tuh tak payah kira laa. Sampai naik lunyai buku aku tuh asyik kena padam then kena tulis balik. Kalau salah, padam lagi. And soalan yang cikgu aku bagi just 4 je. Even soalan tuh 4 je, penuh satu page buku nota panjang tuh calculation dia. And satu page untuk satu soalan. Kau bayang laa betapa panjangnya calculation tuh. Aku macam orang jakun pulak lepas tengok calculation panjang panjang nie. Last last aku memang dah fed up dengan last question aku tinggal jelaa. But aku still buat calculation sampai setengah jalan baru aku stop. So lepas dah kemas barang apa semua, aku pun jalankan rutin harian aku sebelom tidor. Baca doa and then tatap gambar parent aku apa semua dulu. Gambar Pontianak aku pun aku tatap jugak taw tak! Hahaha. Ayat 'tatap' tuh macam tengok barang pameran kat museum laa pulak kan? Apa laa yang aku merapu nie. Okay now lets jump to the main story.
Aku pagi pagi lagi dah sampai sekolah sebab ada mesyuarat pengawas. Mesyuarat tuh untuk pengawas but what de hell pulak meeting nie ada kena mengena dengan aku kan. Tapi cikgu suruh aku turut serta dalam meeting tuh jugak. So aku pun menurut perintah laa. Buat pertama kalinya dalam hidup aku sebagai seorang pelajar, aku datang sekolah seawal 6.45 pagi sampai bapak aku sendiri terkejut tahap nampak anak dugong catwalk tuh. Lepas tuh, aku dok menyangkak dalam bilik meeting tuh sampai pukol 7 pagi. Sekor anak tenuk pakai blazer pun tak melintas or masuk dalam bilik tuh. Aku dengan lapar apa semua cukop sebab aku keluar tak sempat nak breakfast, so aku pun pegi laa makan jap kat kantin. 7.10 pagi macam tuh aku masuk balik. Alangkah terkejut tahap tenuk makan sambal belacan sebab tetiba room tuh full dengan pengawas siap dengan cikgu disiplin apa semua. Aku rasa aku tinggal bilik tuh kejap je. Cepat betol full. Then kena sound sebab masok meeting lambat apa semua. Bangang. Padahal aku yang bukak kunci bilik tuh apa semua. Pergh. Tadah jelaa telinga. Aku kalau melawan memang pedih je ayat kan. Malas nak buat kes tahun nie.
Then, masok kelas lambat laa jugak sebab aku kena tolong cikgu kat koperasi. Biasa laa muka aku nie kan muka welfare. Memang suka buat kebajikan. Baru aku teringat yang first period subjek MathMod. Bapak aa macam unta dah aku lari pecut nak masok kelas cikgu Ng aku yang terchenta tuh. Tapi seriously, aku suka dengar dia ajar sebab aku senang nak paham. Walaupon dia garang tahap singa betina hilang anak, tapi memang masok laa apa yang dia ajar. Masok masok tuh, memang kena laa kan. Dia bagi sebijik soalan kat aku terdiam terkaku tak reti nak jawab. Tak boleh jawab so aku kena ketuk ketampi sambil junjung kerusi laa kan. Dah rasa macam pelarian Somalia nak junjung barang bagai nie. Then bertambah laa bengang aku kan. Dah laa memula kena sound dengan cikgu Disiplin. Aku tak salah pun kena marah. Then kena denda dengan guru MathMod pulak. Aduhai sakitnya hati nie. Tapi sebelom rehat macam tuh mood aku dah okay balik laa.
Okay now pasal Mega Playboy pulak. Kawan kawan aku boleh gelarkan aku macam tuh. Hei hello! Aku nie dah loyal sekarang. Setia pada yang satu. Hahaha. Dalam sekolah kami ada 'Geng Tiga A'. Amir, Afiq, Azrul. Kami nie dah selalu kena cop muka budak budak playboy sebab kami nie dulu selalu tukar tukar awek kan. But now tiga tiga tengah belajar nak setia and only three of us know. But now, since aku dah tulis kat blog, so readers aku jelaa yang tahu aku and kawan kawan aku nie tengah trying to setia. Boleh pulak diorang cakap macam tuh kat kami bertiga nie. Yelaa. Tahu laa jeles. Muahaha. Aku dengan Pontianak aku je sekarang. Afiq dengan Tatie dia tuh. And Azrul dengan Sherry dia. Hahaha. Masing masing dah setia kat couple sendiri pun diorang still cop kami nie playboy. Tapi nasib baik laa Eyla back up kami. Dia cakap kami memang dah serious dah dengan couple masing masing. Macam nie baru orang panggil kawan you know. Not time senang je kau nak berkepit, time susah pun berkepit jugak.
Tapi budak budak pompuan memang banyak laa yang back up kami sebab diorang tahu setiap perkembangan couple kami tak kira laa perkembangan berat badan ke perkembangan hidung ke semua diorang tahu. Even awek aku yang nun jauh berbatu pun diorang tahu semua complete set. Amboi. Kalah aku. Aku tahu Pontianak aku stay kat Bandar Putra bagai nie sebab budak budak pompuan satu batch dengan aku laa yang bagitau. Bandar Putra ke? Tah. Aku dengar je apa yang Fatin merapu tepi telinga aku. Silap info ke tak tu belakang kira. Hahaha. Then lepas tuh dah habis berdebat sebab 'Geng Tiga A' dengan budak budak laki ditambah dengan back up dari budak budak pompuan, of course laa geng aku yang menang. Yang Eyla tak habis habis dengan ayat dia tuh.
'Untunglahh awek depa. Semua muka sweetalker. Kencing manis menanti.'
Hahaha. Betol ke? Mana ada laa. Aku cakap apa yang aku rasa nak cakap je. Sama laa dengan kengkawan aku yang lagi dua ekor tuh. By the way, Eyla is the best ex yang aku pernah ada. Even kami dah break aku dengan dia macam bestie laa. Dia ada problem dia cerita kat aku and aku ada problem aku cerita laa kat dia. Even kami couple pun rasa macam kawan biasa je sebab tak ubah apa apa pun dalam pertuturan seharian kami. Still pakai gelaran 'aku hang' sampai laa break. Break pun sebab tak boleh nak feeling lebih dari kawan. So break secara damai. Hahaha. Now dia dengan Qayyum dia tuh. Haha. Hope stay laa. Aminn. Yeah. Baru aku teringat. Aku dah taw dah sapa yang tercrush kat aku tuh. Tapi baru taw sorang laa. Maybe dia stalk blog aku kod semalam. Teros dia confess tadi kat aku. Hahaha. Comel je muka dia. Aku pun cakap laa
'Serious hampa tercrush kat kami? Macam mana boleh jadik lagu(macam) tuh? Tapi kami tak suka laa orang dok crush crush kat kami nie. Sorry naa.'
Kesian tengok muka budak tuh. Hahaha. Tapi aku cakap laa kalau nak kenai kenai boleh laa kodd. Tapi tak payah laa nak crush crush kat aku nie. So budak tuh cakap okay jelaa. Aku cakap kalau jumpak aku tegor laa. Aku tak sombong dengan budak budak lower form nie. Hahaha. Tak suka okay orang crush crush kat aku nie. Hahaha. Bajet siot aku nie kan. Dah orang minat hargailah. Nie tak. Banyak complain pulak. But aku nie tak suka populariti murahan. Hahaha. Perasan hensem siot. Puihh. -,- Okay. Aku nak setel AddMath nie. Tak boleh nak cari solution dari semalam lagi soalan last nie. Hahaha. Okbai!
|