Tauke Blog / ![]() Assalamualaikum , Behave yourself kat blog aku nie. Kalau anda ingkar! Aku sumpah jadik KODOK. Jangan nak meng'copy' sebarang post aku yaa, budak. Tikam pakai keyboard kang! Teddybear Fatin Nur Fatiyah Bt Mohd Radzi CopyCow,Haters are Not ALLOWED here ! Le Lagu / " /> /> Le Credit / Template by Syafira Basecode by Aina Hanani Source : ▲ ▼ ▲
| Gotong Royong! ![]() Friday, 19 October 2012 | 22:57 | 0 BudakAwesomeBerkata-kata
Assalammualaikum WBTPelbagai usaha giat dijalankan dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Keluarga aku juga tidak terkecuali untuk menyambut kedatangan hari yang mulia ini. Kehilangan aku daripada dunia blogging sebentar tadi disebabkan Mother aku suruh aku, Acu and cousin cousin aku pegi membersihkan halaman rumah dan mencuci garaj tempat letak motosikal. Sebelum memulakan acara gotong royong kami telah mendendangkan seluruh kampung dengan lagu yang agak lapok sekarang namun kami amat meminatinya iaitu Gangnam Style yang mendapat saingan sengit daripada lagu Fixdaus iaitu Poco Poco. Kami menggunakan volume yang paling tinggi yang berskala 9.9 skala ritcher yang mampu mengegarkan gegendang telinga dan menyebabkan kepekakan tahap maksima yang tidak dirawat lagi. Kami pun mula mencari bahan dan alatan tangan yang sesuai digunakan dalam aktiviti ini. Yang pasti kami tidak memerlukan guni kerana ini bukan acara lari dalam guni ataupun menunggu durian jatuh di dusun tembikai. Kami pun mula laa membancuh sabun yang bakal diriwayatkan di garaj kami. Kami mencampurkan Daia, sedikit Soflan untuk menaikan bau yang menawan dan meruntun qalbu serta sedikit Clorox bertujuan untuk menanggalkan segala kotoran yang terdapat di lantai garaj tersebut. Kemudian, kami meratakan air ke seluruh lantai untuk memudahkan kerja kerja menyental lantai yang kotor itu. Banyak daki daki lantai yang keluar semasa kami menyental lantai garaj itu. Kami berasa amat bangga kerana garaj tersebut sudah bersih. Kami pun membilas lagi lantai tersebut dengan air mutlak supaya suci dari kotoran yang masih bersisa. Setelah penat membersihkan garaj itu , kami pun menyelesaikan tugas yang terakhir iaitu menyapu halaman rumah. Kami menyediakan beberapa beg plastik hitam yang berdiameter 40cm x 20cm. Kami sengaja memilih plastik berwarna hitam untuk melindungkan jenis jenis sampah yang kami perolehi kerana sampah tersebut bersifat top secret. Para pembaca yang berfikiran kuning diharap tidak menyalah ertikan 'sampah' yang saya maksudkan disini. Sekian sahaja aktiviti saya pada hari ini. Saya berharap anda semua sudi untuk menjengah blog saya lagi.
Hahaha :D Comel takk saya???
To be continue.. |